Friday, September 24, 2010

Brader Love X FM - Perempuan Materialistik




Assalamualaikum...

Walaupun dah lama berlalu tp "kisah samad" masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Saya fikir apa yg t'jadi ada hikmahnya. Pasti lepas ni Samad lebih berusaha untuk berjaya lepas kena penangan hebat dr tunang dia.

However, i'm not going to talk about both of them. Memang ada dalam dunia realti ni manusia yg mata duitan tak kira lelaki atau perempuan. Cuma pada pendapat saya tak perlu lah terlalu obses dgn harta & rupa (mungkin sbb saya ni mmg xencem...hehe). Biasanya isu ni terjadi waktu memcari pasangan hidup. Kalau pasangan tak kisah, keluarga plk yg kisah. Come on la...harta boleh cari. Rupa yg cantik/ensem tu bkn kekal sampai mati pon.

Sebagai seorg lelaki, saya fikir amat bertuah la jika seorg perempuan materialistik tu dpt lelaki yg kaya & ensem. KENAPA?? kalau kita tnya mat rempit pn, dorg nk perempuan yg baik-baik. Setakat perempuan materialistik or mcm si TUUTTT tu, buat main-main je kot. Lagipun, malang sungguh kalau si lelaki dapat perempuan mcm tu. Begitu la jgk sebaliknya.

Saya juga ada kenal perempuan mcm ni. Bila fikir balik mmg menyakitkan hati. Mungkin dia ni fikir diri dia dh cukup bagus & sempurna. Entah la...pada pendapat saya, dia ni jenis orang yg xcukup matang. Masih mencari idnetiti sendiri & hidup dalam dunia dia sahaja. Ataupun baru first time merasa hidup senang. "Jakun" xpernah dpt duit byk & jumpa lelaki ensem...hehe. Semoga orang-orang mcm ni akan sedar sbb dalam masa yg sama dia sedang menyakitkan hati orang lain.

Pape pun, sama-samalah kita berdoa supaya dielakkan dari berjumpa spesis manusia mcm ni. Saya menulis sekadar ingin meluahakn rasa benci saya kepada manusia mcm ni. Tp tak nak la tulis banyak-banyak sbb mungkin ada yg terasa dgn ayat-ayat yg melampau...

Salamat membaca...Nikmatilah Dengan Minda Terbuka

No comments:

Post a Comment